Cara Semak Tracking Poslaju Malaysia Secara Online

                         Gambar PosLaju

Mendapatkan status tentang barang yang kita hantar ataupun dipanggil Pos Tracking merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Poslaju Malaysia. Dengan adanya perkhidmatan ini, kita boleh menyemak status terkini secara online barang yang dipos menggunakan servis pos laju.

Antara maklumat yang boleh kita dapati melalui perkhidmatan pos tracking track and trace ini adalah:

-Bila barang tersebut dihantar
-Lokasi terkini barang tersebut
-Proses-proses penghantaran yang dilaluinya
-Lain-lain aktiviti berkenaan barang tersebut (seperti telah sampai ke alamat penerima namun masih belum dituntut dan sebagainya)

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke kaunter Pos Laju. Ianya sangat mudah, mesra pelanggan dan menjimatkan masa.

Semak Tracking Poslaju Secara Online

1-Langkah-langkah Menyemak Tracking Poslaju Masukkan nombor tracking kurier (consignment note) pada kotak semakan yang disediakan.

– Perlu diingat nombor tracking tidak perlu dijarakkan.
– Boleh masukkan sehingga 15 no yang hendak disemak dalam satu masa.
– Asingkan setiap nombor tracking dengan semicolon (;) atau butang

2-Tekan button ‘TRACK’
3-Lihat status untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barang yang dihantar




Subscribe to receive free email updates: